Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Saya rasa amat lost dengan masa sekarang. Especially hari-hari cuti di Malaysia. Saya ingatkan esok 1 Muharam, rupanya arini.

Alhamdulillah Allah telah memberikan setahun lagi untuk saya bernafas dan berbakti pada bumi Allah yang tercinta ini. Walaupun tahun ini merupakan tahun yang amat mendukacitakan sebab peristiwa itu tapi saya percaya dan yakin apa yang Allah beri dan ambil kembali ada hikmahnya...( sebakla pula huhu ). 

Di tahun baru ini kita digalakkan baca doa akhir tahun dan awal tahun. Sila refer link ni untuk bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.


Salam Maal Hijrah 1433h untuk semua umat Islam sedunia. Semoga kita semua terus istiqamah di dalam perjalanan dan penghijrahan untuk menjadi hamba-hambaNya yang lebih baik daripada sebelumnya....

Untuk suami tercinta semoga terus tabah dan kuat semangat untuk mencari rezeki di tempat orang. InsyaAllah Allah akan lebih memberkati dan memberi kita rezeki lebih jika kita ikhlas dan istiqamah  dalam apa jua tindakan kita untuk menjadi insan yang lebih baik....Amin.

Jalan Jalan Yogjakarta 1st Day - Part 11

Dah abis tengok Gunung Berapi Merapi, Pak Supir (Pak Tommy) bawa kami tengok Candi Borobodur pula. Masa tu dah tengahari, mujurla cuaca cam redup je. Perjalanan ke Candi Borobudur tu mengambil masa 1/2 jam dari area Gunung Merapi. Disebabkan penat saya tertidur sepanjang perjalanan dan diperli oleh Pak Tommy hampehhh.

Sedikit info sal Candi Borobudur.

Candi Borobudur adalah salah satu 7 tempat ajaib di dunia (masih lg ke?) dan biggest of all other Buddha Temples. Yep, Ia merupakan Candi Buddha yek bukan Hindu. Buat masa ini, candi ini masih dipelihara dan diletakkan dalam salah satu Warisan Dunia UNESCO. Candi ini dibina dalam 9th Century dan wujud berabad awal dari Candi Angkor Wat di Kemboja. Ia terletak di kawasan Magelang, Jawa Tengah. Kalo nak tahu masa Hari Wesak, Candi ini akan jadi tempat tumpuan ramai penganut Buddha untuk bersembahyang dan berdoa. Candi Borodubur ini didirikan oleh Raja Samaratungga, salah seorang Raja Kerajaan lama Mataram.

Apa yang saya kagum, apabila gunung berapi meletup berabad lama dahulu kebanyakan batu-batu dan kawasan kuil ini telah rosak dan tertanam di dalam tanah. Thanks to UNESCO sebab bagi funding utk pelihara dan bangunkan kembali Candi Borobudur nih.

Untuk masuk ke Candi Borobodur ni WAJIB pakai Sarung Batik untuk meningkatkan penghargaan terhadap warisan dunia ini.  Lawak pun ado time nih...haha
Memang cantik dari jauh dah nampak candi nya. Entry fee ke candi ini ialah IDR 135000 (RM42) ...bagi local rate ialah IDR 20000 (RM7.20).
Mak sporting, posing kat tangga dulu sebelum naik ke tingkat lagi atas hehe...
Level paling atas kena tutup waktu tu... tapi kira okiela level ni pun santeks gak.
 Dinding kiri kanan penuh dengan ukiran. Mak ku dah penat.. sian :P
Luas Perjalanan Luas Permandangan...betoii tak?

Mak dan abah waktu ni dah penat..tp posing juga :)
View dari bawah - memang kagum depa boleh korek candi-candi yang tertimbus, baiki dan cantum balik candi dan jadi sebegini tinggi.
Ni lah blok-blok batu yang depa jumpa dan cantumkan balik jadi candi

Dah abis, thanks to Pak Tommy sebab ambil gambar kami!

Time nih bukan cuti sekolah jadi x ramai sgt pelancong yang dtg. Tapi yang ramai adalah penjaja jalanan yang hurung kami macam semut. Kami buat dek je... sebab kalo layan lagi ramai yang datang kat kami. 

Overall memang best datang kat sini. Sesiapa yang sukakan kesenian dan tempat bersejarah bolehla ke sini. Memang puas hati. Orang Jogja kat sini kebanyakan memang peramah dan menghormati pelancong. Jadi jangan takut untuk ke sini ye!

Okey dah abis, penat seharian kami berjalan. So mintak Pak Tommy antar balik ke hotel walaupun dia ajak ke Candi Perambanan plak huhu. Okeh tunggu update untuk 2nd Day plak ek! 

Wassalam.

Thursday, November 17, 2011

Jalan Jalan Yogjakarta 1st Day - Part 1

Entri kali ni nak citer pasal my visit to Jogja. Tiket ni dah nak setahun beli masa zero fare Airasia.

Seronok sangat, sbb dah lama x melancong dengan Mak dan Abah sejak dah kahwin nih. Last pun masa pegi Bandung dulu. En. Suami tak dapat ikut sebab xder cuti. Kami pergi selama 4 hari 3 Malam.

Sikit intro pasal Jogja

Yogjakarta atau Jogja merupakan salah satu kota Indonesia selain Jakarta, Bandung, Bali etc yg amat pesat pembangunan dan padat penduduknya. Kalo niat nak pergi brsopink, sini bukanlah tempatnya. Kalo sesiapa yang sukakan art, sejarah or kebudayaan saya rekomen Jogja. Sebab Jogja merupakan kota kebudayaan jawa lama dan banyak terdapat seni2 lukisan batik jawa yang cantik dan unik di sini. Jangan xtau 95% penduduknya merupakan penduduk Muslim. Walaupun banyak terdapat candi2 or kuil hindu dan Buddha disini.

Masa 1st day sampai Jogja, Pak Supir dah tunggu kami. Then dia bawa kami terus pegi ke Gunung Merapi untuk tengok gunung berapi. Kami ambil pakej dari Hotel 1001 Malam yang kami duduk. Senang xperlu nak tercari2 lagi.


Gambar-gamba yang terjadi masa Gunung Merapi meletus akhir 2010
View Gunung Berapi Merapi - masih aktif tau, siap ade keluar asap2 lagi. Xpernah tgk memang jakun sikit haha!
Abah pun nak posing juga - tapi memang the best view ever, bila kat situ rasa kerdil sangat tgk ciptaan tuhan Maha Suci Allah
Mak pun ikut posing poyo i jugak :P
Kat area sini kerajaan bagi tanah free je kat penduduk yang nak duduk ke or berniaga sebab dekat ngn gunung berapi. Yerla dah tau bahaya xkan kerajaan nak kenakan cukai plak.  So it's all on their own risk if anything happens la.
Laluan lahar gunung Berapi yang melalui sungai sewaktu kejadian letusan tahun 2010.
Pokok-pokok tepi bukit di laluan lahar or lava pun abis rosak dan baru nak tumbuh.
Abis rumah kena kambus dek debu dan batu gunung berapi yang meletup tahun 2010 aritu.

Memang 1st day kami sempat pergi dua tempat je. Tunggu update Part kedua untuk hari pertama di Jogja ek!