Tuesday, January 11, 2011

Mee Rebus Tulang Idaman Kalbu

Assalamualaikum semua,

Bercakap ttg Mee Rebus nih memang membuatkan kecur lidah beb.... dengan kuah keledek berkacang yang pekat tu... dengan telur rebus yg mata kerbaunya separuh masak gitu (en asben suka cmni), dengan sayur tauge, sawi, bawang goreng dan mcm2 lgla perghhhh... meleleh air liur gini huhu.

2 hari lepas sayer berjaya menunaikan hajat en asben utk membuat Mee Rebus. Kiranya first time dalam idup bt Mee Rebus nih.... berbangga mak nyah! hehe.

Kat perantauan mana nk dpt. Kalo ade pasar malam.... dpt mkn mcm2 huhu. Ini semua kena wat sendri beb. Xper belajar masak baik2 ek yatie...kata nk buka restoran kan! muahahaha. Pujuk hati konon... Saya rindu nk blk M'sia !!

OK2 mulalah melalut.... So arini saye nak sharela Resipi Mee Rebus Tulang nih... kopipes dr blog Ceria Resipi. Sebelum tu nk ucap terima kasih pada Kak ipar saye..k. Nora sbb dia yg bagi resipi mee rebus dia dulu. Kiter biasala tgk byk2 resepi then tambah2 mana yg patut. So this is modified version =P

Bahan-bahan ( 4-5 org )

  • 600 gm mee kuning (SPEGHETTI PUN BLH)
  • taugeh
  • 3-4 biji keledek or kentang (tgk saizlah eh) direbus
  • 3-4 biji telur direbus
  • 3-4 kpg tauhu di goreng
  • lada merah n bawang merah
  • limau kasturi (kt sini mahal so guna air perahan je ckup)
 *UTK KUAH*
  • 1 genggam cili kering * (kalo nk pedas tambah lg, rebus dulu ek)
  • 3-4 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2-3 batang serai * ( x guna sbb xde)
  • 1 inci lengkuas * ( x guna sbb xde)
  • 2 sb udang kering (Rendam 10 min, then tumbuk)
  • 2 sb campuran ketumbar jintan disangai & tumbuk
  • 400 gm tulang rusuk (takde tulang daging pun boleh) 
  • 1 1/2 cwn santan pekat ( x guna pun )
  • 2 sb taucho
  • 3 sb perencah kari daging ( kita tambah jgk )
  • 3-4 ketul buah keras ( ni kite tambah nk bg kuah lg pekat hehe)
  • 1-2 genggam kacang tanah / kacang pe2lah (Ni k.nora nye resipi - kita guna kcg almond sbb tu je ade)
  • 2-3 Asam keping
  • 1 1/2 sb gula merah
  • garam n perasa jika suka
 Cara-cara
  1. Rebus tulang or daging bersama dengan asam keping hingga empuk.
  2. Kisar bahan bertanda *.
  3. Keledek dan kentang juga direbus dahulu dan dikisar bersama taucu.
  4. Sementara itu dikuali lain... tumis bahan kisar hingga garing.... dan sehingga naik bau dan terbit minyak....
  5. Tumbuk ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis.
  6. Setelah biar garing dan naik bau... masukkan Step No 3 kedalam bahan tumis tadi. Kacau dan biarkan ia mereneh kejap.
  7. Selepas itu tutup api kuali dan masukkan bahan tumis bersama keledek ke dlm kuah rebusan tulang or daging tadi.
  8. Kacau sehingga sebati sehingga kuah pekat. Kalo x pekat lagi leh letak buah keras yg ditumbuk tadi or tambah lagi keledek/or kentang or tepung jagung utk memekatkan kuah.
  9. Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka.
  10. Lastly kacang yang telah disangai dan diblend sehingga hancur dimasukkan ke dalam kuah tadi dan di kacau sehingga masak.
  11. Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis..... 
  12. Potong tauhu, telur, lada merah ikut suke nak potong camaner..
  13. letak mee, taugeh, bawang goreng  dan limau kasturi... tuanglah kuah kat atasnyer..... siap.... ta daaa..

Opps sori kalo comot ni jela shot yg ado...abaikan jari itu hehe

Review dari En. Asben

Sedap !! bleh buat lagi... tapi nnti try resipi lain plak...
Adeh....setelah mcm2 resipi disurvey dia suh try resipi lain plak...huhu penat tau =P... Okie2 demi asben terchenta nnti sayang cuba version lain plak ek. 

To be continued....Bermulalah perjalanan seorang Chef Wannabe ahakkkss =P

No comments:

Post a Comment