Thursday, June 21, 2012

Kehamilan Update - 26 weeks

Saja nak buat rekod kat sini, nnti anak dh besar2 blehla tengok balik ngeee....

Berat asal: 50kg

Kehamilan 20 minggu: 58kg

Kehamilan 26 minggu: 64kg (by today checkup)

Perghhhh!! whattt!! apa yang saya makan sampai naik banyak berkilo2 berat....azabla nk kurus blk lepas pantang nnti. Kalo mak di kampung sure trkezut beruk tengok kegemukan anaknye yg menjadi2. huhu. Sebab tulah malas nak update gambo mak buyung nih di facebook...i know i will totally look hideous plus fat.

Bak kata encik suami, xperla time ngandung je gumuk nnti lepas branak make sure awk kurus cam lisa surihani ek..errkk cheiisss!!!

As a women surelah isu berat badan nih mmg agak sensitip, tp apepun saya harap biarpun berat naik tp diri saya sendiri sihat n baby dalam perut tu pun tetap sihat jugak. Dan Alhamdulillah setakat ni medical checkup result seme okie. So no worrieslah!! just enjoy n live your life to the fullest babeh!! :)

I wonderlah dah 40 weeks berapa la berat saya agaknya... huhu

Ok,

Sekian


Monday, June 18, 2012

Selepas 5 bulan...

Life was a bit hectic this few weeks. Dengan preparation exam dan exam ieltsnye, keadaan umah yg tunggang langgang sbb study nye pasal hehe, suprise trip to Melbourne, baju2 yang x berlipat lg nih. All berlaku dalam week yang sama.

Balik dari bercuti apalagi baju kotor bertambah2 n then brtambahla peningla tgk baju yang perlu dilipat huhu (saya x suka lipat baju daa). Dengan crazy weather yang menjelma di Adelaide, asik hujan je memanjang. Matahari adelah keluar skejap dalam 2-3 hari nih...plus keadaan udara yg makin sejuk (winter). 

Maka bilik air dan ruang tamu dijadikan mangsa utk disidaikan baju2 yang lembab itu. Nak kering cepat siap pasang heater lagi dekat ngn baju huhu. Dengan bilik air yang sudah due untuk dicuci, ruang tamu yang perlu divakum, dikemas setiap hari dan dapur yang perlu digilap setiap kali lepas masak. Memikirkan dan masak menu2 yang best utk memenuhi selera anak tekak en suami dan saya juga hehe. Itu semua rutin saya sejak jadi housewife yang berkaliber nih. Wahh nampak mcm bz betulkan...nak buat camna sapa lg nk tolong buatkan.

Keadaan diri yang semakin mengah dan sakit belakang yg menjadik2. Napa ekk... perut yang makin membesar! haaaa... Ohh yes! I am pregnantla. Sudah 26 weeks 2 days by today.

Ahaks saja xmau announce awal2...sebab bukan apa kita xmau terlebih excited sangat. Alhamdulillah kehamilan saya dah melepas fasa selamat dan syukur teramat sangat baby dalam perut sihat walafiat.
Hopefully semuanya dipermudahkan oleh Allah dan ia berterusan hingga saat2 melahirkan nya. Jantina?? supriselah baru best...kan kan kan :P

Wednesday, January 25, 2012

Happy Second Anniversary!!

Assalamualaikum,

Pernah tak satu ketika korang terjaga sebab hati tu tiba2 rasa x tenang. bukan disebabkan mimpi buruk ke ape...or terdengar bunyi ke. Hati2 tu seakan-akan merangkak ingin keluar dari badan, adeh bleh rasa nk sakit jantung oo. bila dh rasa macam tu mulalah rasa nak beribadat banyak2 huhu. Insaf (T_T) mode.


Now is 4.04am, Thursday morning here in Adelaide. Semalam kami dah pergi 3 rumah untuk house inspection. Kira2 dalam seminggu nih 8 rumah dahla kami survey. But ada 3 je pueh hati. Rumah A ( 1 bilik) sewa sebanyak $220 pw, kami apply tapi xdapat huhu sadis. Rumah B plak dlm $260 dan Rumah C  dlm $250 lagi status kiv tak apply sebab en. suami masih lagi tunggu kompeni Rumah A untuk panggil house inspection unit lain di area Rumah A juga. Suami suka Rumah A sebab murah n selesa. Saya plak suka Rumah B wpun mahal sikit tapi rumah tu sangat cantik, siap ade peti ais lagi dan dapur dia memang nampak baru dan bersih. Ermm saya berserah pada Allah swt. jelah untuk permudahkan kami untuk mendapat rumah yang sesuai dan mampu kami duduk. Saya xnakla yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran plak ye en. Suami!

23 Januari 2012 aritu adalah our 2nd Marriage Anniversary ! So Happy Anniversary to us... Love you forever Shahril Izwan Bin Ismail. Semoga hanya saya seorang kekal bertahta dihati Ayang dan perkahwinan kita kekal bahagia dan aman hingga ke akhir hayat kita berdua. Diberkati dan dirahmati dengan anak-anak yang soleh n solehah. Saya harap saya ada berita baik untuk kita sekeluarga nanti :).


Nak jadi cerita our anniversary dinner turn out to be a disaster event hee hee. Kami planned nak pergi Morrocan Restaurant konon nak try yang lainla. Tapi bila kami pergi ke situ restaurant Morrocan ntah kemana dan kedai tu bertukar jadi Vietnamese Resturant plak...hahahaa. xkan nak masukkan sah2 x halal. Kami dengan kuciwa sambut our 2nd Anniversary kami di Nik's BBQ buat kali ke-2 berturut di sana....huhu. Nasibla saya tiba2 teringin nak mkn Greek Salad kat nik's tu so xdelah terkilan sangat. Yang suami jelah dia agak x puas hati ngn meal dia aritu. Daging T-Bone dia kurang umpphh means xckup rasa la tu. Biasala my hubby memang agak fussy kalo bab2 western food. Dia rasa dia masak lg sedap hahaha.

Chicken Garlic Cream with Salad n Chips

Grilled T-Bone Steak +Mushroom Sauce with Salad n Chips

yeah dia sudah lapar...trus nk mkn suh posing sambil mencicah kuah mushroom hehe

ambillah posed tulus mulus dr saya haha

Monday, December 12, 2011

Move Sale or Garage Sale in Adelaide

Assalammualaikum,

Entry kali ni nak citer pasal aktiviti kami pergi ke Garage Sale / Move Sale. Ni kira kali kedua kami pergi. First time xdapat nak amik gamba sebab waktu kami datang x ramai orang sgt, n org yg jual kat situ semua org2 tua. Jadi kami agak segan n takut bt depa trsinggung kalo kami x beli apa2 hehe.

Garage Sale ni selalu depa jual barang2 terpakai dan kadang2 tu elok lagi keadaannya. Garage Sale dan Move Sale ni sama je sebenarnya...cuma kalo Move Sale nih barang banyak lagi dan mostly banyak furniture, pinggan mangkuk, toys, TV, PC, dan berlambak lagila. Kalo weekend je memang ramai yang buat Garage Sale nih... cuma perlu berhenti je kalo ternampak cam bawah nih.

Jom layan gamba..



Tuan Rumah ni orang Asia Barat tp xtau which part. The best part they are Muslims :).
Makcik yang pegang beg kuning tu beli tgh nego nk beli Sleeping Bag dan owner kt sebelah dia terkejut sbb makcik tu nak beli utk anjing nye...haha kami duk trgelak je. Okiela mana nk dapat sleeping bag $5 kt sini kan.

 Ni kat Backyard dia, macam2 ada mostly bende yang xmenarik perhatian saya hihi. Kerusi, khemah n permainan kanak2 pun ada, cume elok atau tidak je.
Telefon antik, nak jugak angkut buat perhiasan tp hubby x kasi haha

 En Hubby pun nk try, itu Tongkat Beroda utk orang2 tua...
Siap anak tuan rumah tunjuk demo lagi hehe


Kat dalam umah pun ada, cume x sempat amik gamba je. Saya sempat cekau 1 mangkuk nasi cantik $5 je ala kristal gitu. Okiela janji buat syarat, xbeli apa kang rasa rugi plak. Overall mmg best dpt pg Garage Sale  tambah2 kalo byk brg camni...n dapat nego ngn tuan rumah utk dpt lg murah. Next time nak pergi lagi sediakan lah duit ek en hubby hehe :P

Sunday, December 11, 2011

Jalan Jalan Yogjakarta 2nd Day

Hari kedua kami bangun pagi dengan penuh semangat sebab kami nak ke Solo dan tengok Candi-candi lama lain seperti Plaosan dan sekitarnya. Bertolak dalam jam 8pagi dari Jogja ke Solo mengambil masa 1 jam 1/2 minit. Kami ambil pakej tour 1 hari dari hotel yang sama juga. Lebih kurang IDR 600000 or RM 200 untuk 3 orang naik toyota Xenia or Avanza.

Actually it's better if korang cari Pakej Lawatan sendiri bila sampai kat Jogja sebab lagi murah dan boleh tawar menawar. Saya tak boleh nak buat camtu sebab bawa orang tua kan, takut nanti xdapat cari then my parent kalut n bising plak. Jadi baik saya amik je pakej kat Hotel 1001 Malam wpun mahal sikit tapi hati senang xde risau dah.

Solo ni mak saya yang nak pergi katanya Kain Batik dan Pelikat paling murah kat sini. Memang betul pun banyakla jenis kain pelikat seperti Gajah Duduk, Atlas, Mangga spt dll bleh dapat dalam harga RM20 kat Solo dan kami amat menyesal sebab sempat borong sikit sebab bapak saya dah lapar n nak balik cepat..huwaaa.

Okiela berapa banyak melalut daa... jom tgk gamba.

Istana Keraton - Solo













 Tempat Raja Bersantap


Candi Plaosan - Jogja ( Candi ni untuk yang beragama Hindu takut gak nk masuk tp sbb abah ade berani la jgk)











Friday, November 25, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H

Saya rasa amat lost dengan masa sekarang. Especially hari-hari cuti di Malaysia. Saya ingatkan esok 1 Muharam, rupanya arini.

Alhamdulillah Allah telah memberikan setahun lagi untuk saya bernafas dan berbakti pada bumi Allah yang tercinta ini. Walaupun tahun ini merupakan tahun yang amat mendukacitakan sebab peristiwa itu tapi saya percaya dan yakin apa yang Allah beri dan ambil kembali ada hikmahnya...( sebakla pula huhu ). 

Di tahun baru ini kita digalakkan baca doa akhir tahun dan awal tahun. Sila refer link ni untuk bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.


Salam Maal Hijrah 1433h untuk semua umat Islam sedunia. Semoga kita semua terus istiqamah di dalam perjalanan dan penghijrahan untuk menjadi hamba-hambaNya yang lebih baik daripada sebelumnya....

Untuk suami tercinta semoga terus tabah dan kuat semangat untuk mencari rezeki di tempat orang. InsyaAllah Allah akan lebih memberkati dan memberi kita rezeki lebih jika kita ikhlas dan istiqamah  dalam apa jua tindakan kita untuk menjadi insan yang lebih baik....Amin.

Jalan Jalan Yogjakarta 1st Day - Part 11

Dah abis tengok Gunung Berapi Merapi, Pak Supir (Pak Tommy) bawa kami tengok Candi Borobodur pula. Masa tu dah tengahari, mujurla cuaca cam redup je. Perjalanan ke Candi Borobudur tu mengambil masa 1/2 jam dari area Gunung Merapi. Disebabkan penat saya tertidur sepanjang perjalanan dan diperli oleh Pak Tommy hampehhh.

Sedikit info sal Candi Borobudur.

Candi Borobudur adalah salah satu 7 tempat ajaib di dunia (masih lg ke?) dan biggest of all other Buddha Temples. Yep, Ia merupakan Candi Buddha yek bukan Hindu. Buat masa ini, candi ini masih dipelihara dan diletakkan dalam salah satu Warisan Dunia UNESCO. Candi ini dibina dalam 9th Century dan wujud berabad awal dari Candi Angkor Wat di Kemboja. Ia terletak di kawasan Magelang, Jawa Tengah. Kalo nak tahu masa Hari Wesak, Candi ini akan jadi tempat tumpuan ramai penganut Buddha untuk bersembahyang dan berdoa. Candi Borodubur ini didirikan oleh Raja Samaratungga, salah seorang Raja Kerajaan lama Mataram.

Apa yang saya kagum, apabila gunung berapi meletup berabad lama dahulu kebanyakan batu-batu dan kawasan kuil ini telah rosak dan tertanam di dalam tanah. Thanks to UNESCO sebab bagi funding utk pelihara dan bangunkan kembali Candi Borobudur nih.

Untuk masuk ke Candi Borobodur ni WAJIB pakai Sarung Batik untuk meningkatkan penghargaan terhadap warisan dunia ini.  Lawak pun ado time nih...haha
Memang cantik dari jauh dah nampak candi nya. Entry fee ke candi ini ialah IDR 135000 (RM42) ...bagi local rate ialah IDR 20000 (RM7.20).
Mak sporting, posing kat tangga dulu sebelum naik ke tingkat lagi atas hehe...
Level paling atas kena tutup waktu tu... tapi kira okiela level ni pun santeks gak.
 Dinding kiri kanan penuh dengan ukiran. Mak ku dah penat.. sian :P
Luas Perjalanan Luas Permandangan...betoii tak?

Mak dan abah waktu ni dah penat..tp posing juga :)
View dari bawah - memang kagum depa boleh korek candi-candi yang tertimbus, baiki dan cantum balik candi dan jadi sebegini tinggi.
Ni lah blok-blok batu yang depa jumpa dan cantumkan balik jadi candi

Dah abis, thanks to Pak Tommy sebab ambil gambar kami!

Time nih bukan cuti sekolah jadi x ramai sgt pelancong yang dtg. Tapi yang ramai adalah penjaja jalanan yang hurung kami macam semut. Kami buat dek je... sebab kalo layan lagi ramai yang datang kat kami. 

Overall memang best datang kat sini. Sesiapa yang sukakan kesenian dan tempat bersejarah bolehla ke sini. Memang puas hati. Orang Jogja kat sini kebanyakan memang peramah dan menghormati pelancong. Jadi jangan takut untuk ke sini ye!

Okey dah abis, penat seharian kami berjalan. So mintak Pak Tommy antar balik ke hotel walaupun dia ajak ke Candi Perambanan plak huhu. Okeh tunggu update untuk 2nd Day plak ek! 

Wassalam.